Halaman

Isnin, 17 Februari 2014





~SELAMAT DATANG KE BLOG  
KLINIK KESIHATAN SUNGAI RENGIT~



       LATAR BELAKANG KLINIK KESIHATAN SUNGAI RENGIT

 Klinik Kesihatan Sungai Rengit terletak di dalam kawasan Pekan Sungai Rengit di bahagian selatan negeri Johor berhampiran dengan Singapura.

 Sungai Rengit merupakan sebuah perkampungan kecil yang pesat membangun.Jarak antara Sungai Rengit ke Bandar Kota Tinggi lebih kurang 76 km.

Klinik Kesihatan Sungai Rengit telah memulakan perkhidmatan pada tahun 1966dan mempunyai 5 orang kakitangan.Ia terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan,Jururawat Kesihatan,Pembantu Jururawat,Bidan Terlatih dan Attendan.Pada 8 Julai 1967,ia telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia iaitu YB DATO BAHAMAN BIN SAMSUDIN.

Terdapat dua kawasan operasi di bawah Klinik Kesihatan Sungai Rengit iaitu Klinik Desa Teluk Ramunia dan Klinik Desa Sungai Kapal.Ia mula beroperasi pada tahun 1972 sehingga sekarang.Pada pertengahan tahun 1997,Pusat Bersalin telah dibina dan dikenali sebagai ALTERNATIVE BIRTH CENTRE ( ABC ).Pusat Bersalin ini mula beroperasi pada awal tahun 1998 dan ia dapat memberi kemudahan kepada penduduk Sungai Rengit dan kawasan operasi.

Dengan adanya penambahan penduduk,maka keperluan perkhidmatan kesihatan juga semakin bertambah.Oleh itu,jumlah kakitangan semasa Klinik Kesihatan Sungai Rengit yang mula beroperasi pada tahun 1966 dengan hanya 5 orang kakitangan sahaja kini telah meningkat kepada 35 orang pada tahun 2014.
 
 
 

BIL
NAMA JAWATAN MENGIKUT KEPERLUAN
BILANGAN DIISI
1
PEGAWAI PERUBATAN DAN KESIHATAN
3
2
PEGAWAI FARMASI
1
3
KETUA JURURAWAT KESIHATAN U32
1
4
JURURAWAT KESIHATAN AWAM U29 (KUP)
1
5
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
2
6
PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
1
7
JURUPULIH CARAKERJA U29
1
8
JURUTEKNOLOGI MAKMAL U29
1
9
JURURAWAT KESIHATAN  U29
5
10
JURURAWAT MASYARAKAT KANAN U24
1
11
JURURAWAT MASYARAKAT U19
13
12.
PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN
3
13.
PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR
2




JUMLAH
35